SEPTEMBER 2022

Pemasyuran Sarawak Delta Geopark Kebangsaan Ke-6 Oleh Premier Sarawak


SANTUBONG, 24 Sept. - Sarawak Delta Geopark (SDGP) adalah tapak warisan geologi yang kaya dengan biodiversiti tumbuhan serta budaya, cara kehidupan dan adat resam serta hubungan kemanusian  melalui fakta sejarah akan memberi nilai yang amat tinggi bagi membangun sektor ekonomi dan pelancongan setempat," katanya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pada Sabtu.

Kawasan di bawah SDGP akan dilindungi berdasarkan kuasa perundangan sedia ada seperti National Parks and Nature Reserves Ordinance, 1998 the Sarawak Cultural Heritage Ordinance 2019, kata beliau dalam ucapan pada majlis permasyuran SDGP bertempat di Kampung Budaya Sarawak. 

SDGP telah diiktiraf sebagai tapak warisan geologi kebangsaan ke-6 dan terbaharu dengan keluasan 3,112 km persegi yang terletak di Santubong.

Mengikut takrifan oleh pihak Jabatan Hutan Geopark adalah kawasan yang mempunyai tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara mampan.  

Sinergi antara geodiversiti, biodiversiti dan budaya mesti ditonjolkan sebagai unsur penting dalam Geopark. 

Sesebuah geopark mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya. Wawasan geopark adalah pembangunan mapan berasaskan pemuliharaan dan utilisasi warisan alam khususnya warisan geologi dan landskap.

Datuk Patinggi Abang Zohari berkata kemudahan pembangunan Infrastruktur dan perhubungan jalanraya ke kawasan tersebut sudah diluluskan dan dalam perlaksanan.

Beliau mengucapkan terima kasih diatas pengiktiran dan bantuan Kerajaan Pusat bagi mewujudkan SDGP ke-6 tersebut dan berharap kerajaan pusat terus bersama membantu  tapak tersebut.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak,  YB Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, YB Dato Sri Takiyudin Hassan, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, YB Datuk Haji Len Talif bin Salleh, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, YBhg Datu Zaidi bin Mahdi dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku